Berita Berita
Enam daerah baharu diiktiraf daerah menua di Malaysia bagi tahun 2026
PUTRAJAYA, 7 Okt. – Sebanyak enam daerah baharu di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai daerah menua bagi tahun ini berdasarkan laporan Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran, 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Port Dickson di Negeri Sembilan mendahului senarai daerah menua baharu terbabit dengan komposisi penduduk berusia 65 tahun dan ke atas mencatatkan 7.3 peratus.
Daerah Besut di Terengganu dan Melaka Tengah di Melaka turut tersenarai apabila masing-masing merekodkan peratusan warga emas sebanyak 7.2 peratus.
Tiga lagi daerah yang menyertai kategori berkenaan ialah Lipis di Pahang, serta Kudat dan Keningau di Sabah yang masing-masing mencatatkan kadar 7.0 peratus.
Sarawak pula terus mendominasi carta nasional bagi tiga daerah dengan komposisi penduduk berumur 65 tahun dan ke atas tertinggi pada tahun 2026.
Daerah Lubok Antu merekodkan peratusan warga emas tertinggi di negara ini pada kadar 16.2 peratus, diikuti Lingga sebanyak 15.2 peratus dan Pantu pada 15.0 peratus.
Trend penuaan yang sama turut kelihatan bagi kumpulan penduduk berusia 60 tahun dan ke atas dengan Lubok Antu mencatatkan 23.1 peratus, diikuti Lingga sebanyak 20.7 peratus dan Saratok pada 20.6 peratus.
Bagi statistik umur penengah tertinggi, Lubok Antu kekal berada di tangga teratas pada 38.9 tahun, diikuti Saratok pada 38.2 tahun dan Lingga pada 36.6 tahun.
Keadaan demografi sebaliknya mencatatkan pola berbeza di Kelantan apabila negeri terbabit mendominasi senarai daerah dengan komposisi penduduk muda berusia 0 hingga 14 tahun tertinggi.
Gua Musang mencatatkan peratusan kanak-kanak tertinggi iaitu 31.8 peratus, diikuti Tumpat pada 31.2 peratus dan Lojing pada 31.0 peratus.
Data terbaharu ini memperlihatkan jurang struktur umur yang amat ketara antara daerah di Malaysia, dengan sesetengah kawasan mengalami penuaan pesat sementara kawasan lain kekal disokong populasi muda.
Lojing turut mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan tertinggi di negara ini iaitu pada kadar 2.1 peratus, diikuti Gedong di Sarawak sebanyak 2.0 peratus dan Daro di Sarawak sebanyak 1.8 peratus.
DOSM menjelaskan bahawa data bagi tahun 2025 hingga 2026 berasaskan anggaran penduduk pertengahan tahun menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
Berita berkaitan
October 7, 2026, 1:01 pm
PRN Melaka ditetapkan 14 November, penamaan calon 31 Oktober
October 7, 2026, 12:18 pm
El Nino dijangka capai tahap sangat kuat, risiko cuaca panas dan jerebu meningkat
October 7, 2026, 12:12 pm
73,488 kanak-kanak enam tahun mendaftar Tahun 1 bagi sesi 2027, rendah berbanding anggaran asal
October 7, 2026, 12:03 pm
Gelandangan OKU penglihatan mengaku guna wang sedekah beli dadah elak tekanan
October 7, 2026, 11:59 am
DBKL peruntuk RM2.24 juta naik taraf kemudahan PPR Wangsa Sari
October 7, 2026, 11:50 am
Isu penerokaan tanah HSK Tasek Bera kecoh, lelaki ditumbuk dan penguat kuasa diugut
October 7, 2026, 11:42 am
Pemandu mabuk bakal diwajibkan bayar ganti rugi kepada mangsa, waris - Anthony Loke
October 7, 2026, 10:50 am
Wanita dibunuh teman lelaki sah pelajar POLISAS, pihak kolej minta orang ramai henti spekulasi
October 7, 2026, 10:45 am
