Berita Berita
Wanita dibunuh teman lelaki sah pelajar POLISAS, pihak kolej minta orang ramai henti spekulasi
KUANTAN 7 Okt – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kematian seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang ditemukan tidak sedarkan diri, awal pagi Selasa.
JPPKK dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa, M. Elisa Jonova, 19, merupakan pelajar Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan di POLISAS.
Menurutnya, kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa dan pihaknya bersama POLISAS akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan.
“JPPKK dan POLISAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu proses siasatan serta menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya.
Dalam pada itu, JPPKK menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan mengenai kejadian tersebut.
Orang ramai turut diminta menghormati privasi dan perasaan keluarga mendiang yang sedang berdepan saat sukar susulan pemergiannya.
“JPPKK dan POLISAS akan terus memberikan perhatian, sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga mendiang. Sebarang makluman lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
JPPKK turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangan berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan pelajar wanita berusia 19 tahun itu ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Jalan Air Putih, di sini, kira-kira jam 4.32 pagi semalam.
Polis sebelum ini memaklumkan seorang lelaki berusia 19 tahun yang juga teman lelaki mangsa ditahan bagi membantu siasatan selepas dia menghubungi polis dan memaklumkan berlaku pergaduhan antara mereka.
Berita berkaitan
October 7, 2026, 11:59 am
DBKL peruntuk RM2.24 juta naik taraf kemudahan PPR Wangsa Sari
October 7, 2026, 11:50 am
Isu penerokaan tanah HSK Tasek Bera kecoh, lelaki ditumbuk dan penguat kuasa diugut
October 7, 2026, 11:42 am
Pemandu mabuk bakal diwajibkan bayar ganti rugi kepada mangsa, waris - Anthony Loke
October 7, 2026, 10:45 am
Hilang malam tadi, lelaki ditemukan selamat di kaki Gunung Baling awal pagi ini
October 7, 2026, 9:54 am
Kerajaan tidak teruskan cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Negara
October 7, 2026, 9:51 am
‘Kritiklah kerajaan, tapi jangan serang Anwar, PKR’ – Hassan Karim pesan ‘geng 4’
October 7, 2026, 9:40 am
Jururawat parah ditikam enam kali, suami ditahan selepas serah diri
October 7, 2026, 9:29 am
Sebanyak 33 kawasan catat IPU tidak sihat di seluruh negara dengan Batu Pahat tertinggi
October 7, 2026, 9:28 am
