TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PRN Melaka ditetapkan 14 November, penamaan calon 31 Oktober

By
|
Kongsi
image

MELAKA 7 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 31 Oktober, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November.

“Tempoh berkempen pula adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 13 November,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini, hari ini.

Portal rasmi SPR turut menyediakan laman khas bagi PRU Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-16 susulan pembubaran DUN negeri itu. (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Pada 22 September lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN Melaka yang berkuat kuasa pada 23 September.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Pada PRN lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH) lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

 

+ - reset