TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Geram pemandu cucuk kereta escort, polis pengiring beri 'penampar sulung' dekat 'side mirror'

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 OKTOBER – Sikap mementingkan diri seorang pemandu yang cuba mengambil kesempatan dengan mengekori rapat skuad pengiring polis bertukar padah selepas cermin sisi kenderaannya ditampar oleh anggota bertugas.

Insiden berkenaan yang sempat dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) milik pengguna jalan raya lain itu dilaporkan berlaku di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) pada waktu puncak.

Berdasarkan paparan video yang tular di media sosial, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V berwarna gelap dilihat 'mencucuk' belakang konvoi keselamatan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Tindakan mementingkan diri itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila salah seorang anggota polis pengiring yang mementingkan keselamatan pengguna lain bertindak memintas sebelum mengetuk cermin sisi kenderaan terbabit sebagai amaran keras.

"Padan muka ikut lagi belakang escort polis, kan cermin sisi kau dah kena penampar sulung polis. Kejadian di highway Kesas pagi tadi," kata pemilik akaun Aimandrums yang berkongsi klip berkenaan.

Rakaman yang tular itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata berpuas hati dengan tindakan pantas anggota keselamatan terbabit terhadap sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Pengguna jalan raya dianjurkan supaya sentiasa memberi laluan serta kekal pada jarak selamat sekiranya tersempung dengan konvoi pengiring rasmi demi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

 

+ - reset