Berita Berita
MPV rempuh belakang lori 20 tan, tiga sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut di Tanjong Karang
TANJONG KARANG 8 Okt – Tiga sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut, manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori 20 tan di Jalan Raja Muda Musa menghala ke Tanjong Karang, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, seorang wanita berusia 44 tahun, kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terselamat, namun mengalami kecederaan di kepala.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kesemua mangsa yang menaiki Proton Exora itu disahkan mempunyai hubungan kekeluargaan.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.37 tengah hari sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, pemeriksaan mendapati keempat-empat mangsa tersepit di dalam MPV berkenaan susulan rempuhan tersebut.
“Komander Operasi memaklumkan ada empat mangsa tersepit di dalam kenderaan dan anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mereka.
“Bagaimanapun, tiga mangsa membabitkan masing-masing seorang wanita, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashrul Riezal berkata, semua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
October 8, 2026, 11:09 pm
Jerebu semakin buruk, sekolah di empat negeri, KL dan Putrajaya ditutup esok 9 Oktober
October 8, 2026, 10:30 pm
Belanjawan 2027: MUKMIN gesa kerajaan lindungi PMKS daripada lonjakan kos, risiko gulung tikar
October 8, 2026, 7:25 pm
Jerebu sampai ke Malaysia, Prabowo disaman!
October 8, 2026, 7:07 pm
MCMC siasat penyalahgunaan AI hasil kandungan seksual libat pelajar, guru sekolah di Kedah
October 8, 2026, 7:02 pm
14 remaja ditahan bantu siasatan pergaduhan bersenjata di Tawau
October 8, 2026, 6:56 pm
Ahli Parlimen Padang Rengas dikejarkan ke IJN selepas mengadu tidak sihat di Dewan Rakyat
October 8, 2026, 6:52 pm
Hari Sukan Negara tetap diteruskan Sabtu ini - Mohamed Taufiq
October 8, 2026, 6:50 pm
