Berita Viral
Jerebu tebal selubungi tol Pantai Dalam, jarak penglihatan terjejas pagi ini
KUALA LUMPUR 9 OKTOBER – Kabus tebal akibat jerebu melanda beberapa lebuh raya di ibu kota pagi ini, menjejaskan jarak penglihatan pengguna jalan raya.
Kejadian yang dikesan berhampiran plaza tol laluan menuju ke Pantai Dalam itu memaparkan suasana suram apabila persekitaran diselubungi jerebu putih tebal.
Keadaan itu memaksa kenderaan memperlahankan kelajuan dan memasang lampu bagi mengelakkan risiko kemalangan.
Situasi itu tular di media sosial selepas dikongsikan oleh pengguna akaun, Liabaelity yang merakam suasana itut sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja.
Merujuk hantaran itu, jarak penglihatan terjejas teruk sehingga kabinet tol di hadapan sukar dilihat dengan jelas dari jarak dekat.
"Teruknya, kesian orang yang naik motor pergi kerja. Tolong berjaga-jaga semua, ekstra hati-hati," menurut hantaran berkenaan di platform sosial.
Pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal, dinasihatkan supaya sentiasa waspada serta memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesihatan berikutan kualiti udara yang kelihatan semakin merosot.
Pihak berkuasa dijangka mengeluarkan pemantauan lanjut berhubung paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terjejas.
Berita berkaitan
October 9, 2026, 1:20 am
'Penyambung jalan macam dah longgar', pemandu gesa pihak berwajib segera baiki jalan lubang
October 8, 2026, 2:55 pm
Insiden rempuhan motosikal, MBPP digesa tegas atasi isu kerusi meja di kaki jalan Pulau Pinang
October 8, 2026, 12:25 pm
'Bagai masuk alam bunian', Rapid KL berseloroh 'next station' MRT di Gunung Jerai
October 8, 2026, 11:30 am
Kurang 30 saat lelaki pecahkan tingkap curi barang dalam kereta
October 8, 2026, 9:28 am
Suasana jerebu teruk akibat pembakaran hutan Indonesia di Johor
October 8, 2026, 9:17 am
'Kami lebih ramai', artis Indonesia perlekeh rakyat Malaysia mahu boikot jenama dari seberang
October 7, 2026, 3:08 pm
