Berita Berita
'Thallaa Vilaiyulum Thakkaarum Thaazhvilaach Chelvarum Servadhu Naadu' - Anwar sempat petik karya agung Tamil Tirukkural ketika bentang Belanjawan 2027
KUALA LUMPUR 9 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian apabila menyelitkan bait puisi daripada karya agung Tamil, Tirukkural, ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar memetik rangkap ke-731 karya pujangga terkenal, Thiruvalluvar, bagi menekankan bahawa kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada kemajuan ekonomi dan pembangunan fizikal, sebaliknya turut bergantung kepada ilmu pengetahuan, keadilan serta akhlak rakyatnya.
“Thallaa Vilaiyulum Thakkaarum Thaazhvilaach Chelvarum Servadhu Naadu.
“Maksudnya, negara yang unggul ialah negara yang subur hasil buminya, tinggi keilmuan dan budi rakyatnya, serta makmur kekayaannya tanpa mengesampingkan akhlak,” katanya.
Menurut Anwar, falsafah yang diketengahkan Thiruvalluvar sejak zaman silam masih relevan dan wajar dijadikan pedoman dalam usaha membangunkan negara.
Beliau berkata, kejayaan sesebuah negara tidak seharusnya dinilai berdasarkan kekayaan yang dimiliki atau kemegahan bangunan semata-mata.
Sebaliknya, pembangunan negara perlu bergerak seiring dengan pembentukan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan menjunjung prinsip keadilan.
“Ternyata, sejak zaman silam, Thiruvalluvar telah mengingatkan bahawa hebatnya sesebuah negara itu tidak sekadar bersandar pada limpahan khazanah dan mercu tanda.
“Tetapi turut ditunjangi kebijaksanaan, keadilan dan kemuliaan insan,” katanya.
Petikan karya klasik Tamil itu menjadi antara mesej yang diketengahkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2027 bagi menggambarkan kepentingan keseimbangan antara kemakmuran ekonomi dan pembangunan nilai kemanusiaan.
Berita berkaitan
October 9, 2026, 6:00 pm
RM80 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam, RM100 juta baik pulih Kampung Baru Cina
October 9, 2026, 5:39 pm
Belanjawan 2027: Ini 10 manfaat khusus untuk rakyat yang perlu anda tahu
October 9, 2026, 5:31 pm
Buat kerja sukarelawan, anak muda bakal terima RM100 e-dompet menerusi Budi Belia
October 9, 2026, 5:29 pm
Bantuan khas kewangan RM1,500 untuk penjawat awam, pencen minimum veteran ATM dinaikkan RM1,350
October 9, 2026, 5:25 pm
Peruntukan kuarters penjawat awam ditingkatkan RM2.3 bilion
October 9, 2026, 5:20 pm
‘RM500 juta amat mengecewakan’ - BELIA MAHIR gesa pembiayaan PTPK dinaikkan kepada RM1 bilion
October 9, 2026, 5:18 pm
Kerajaan tingkat kebajikan 70,000 guru KAFA dan petugas hal ehwal Islam menerusi insentif khas
October 9, 2026, 5:06 pm
Pemberian Khas Sabah, Sarawak naik tiga kali ganda kepada RM1.5 bilion
October 9, 2026, 4:53 pm
