Berita Berita
Bantuan khas kewangan RM1,500 untuk penjawat awam, pencen minimum veteran ATM dinaikkan RM1,350
KUALA LUMPUR, 9 Okt. – Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 bagi tahun hadapan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk pegawai lantikan kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa seramai satu juta pesara kerajaan termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpencen dan tidak berpencen turut menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM750.
"Bayaran bantuan khas kewangan berkenaan akan dilaksanakan secara dua fasa iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-70," kata beliau.
Kadar pencen minimum bagi 59,000 pesara veteran ATM penerima pencen terbitan yang sebelum ini berjumlah RM1,000 sebulan turut dinaikkan secara rasmi kepada RM1,350 sebulan.
Langkah kebajikan serta penyelarasan insentif kewangan ini dilaksanakan sebagai bentuk penghargaan setinggi-tingginya atas jasa dan pengorbanan perkhidmatan awam di seluruh negara.
Berita berkaitan
October 9, 2026, 6:00 pm
RM80 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam, RM100 juta baik pulih Kampung Baru Cina
October 9, 2026, 5:39 pm
Belanjawan 2027: Ini 10 manfaat khusus untuk rakyat yang perlu anda tahu
October 9, 2026, 5:31 pm
Buat kerja sukarelawan, anak muda bakal terima RM100 e-dompet menerusi Budi Belia
October 9, 2026, 5:25 pm
Peruntukan kuarters penjawat awam ditingkatkan RM2.3 bilion
October 9, 2026, 5:20 pm
‘RM500 juta amat mengecewakan’ - BELIA MAHIR gesa pembiayaan PTPK dinaikkan kepada RM1 bilion
October 9, 2026, 5:18 pm
Kerajaan tingkat kebajikan 70,000 guru KAFA dan petugas hal ehwal Islam menerusi insentif khas
October 9, 2026, 5:06 pm
Pemberian Khas Sabah, Sarawak naik tiga kali ganda kepada RM1.5 bilion
October 9, 2026, 4:53 pm
