Berita Berita
Kerajaan turunkan kadar cukai pendapatan PMKS, manfaatkan 300,000 usahawan
KUALA LUMPUR, 9 Okt. – Kerajaan bersetuju menurunkan kadar cukai pendapatan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sebanyak satu mata peratusan bagi mengurangkan beban kos operasi usahawan tempatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa penurunan cukai berkenaan berkeupayaan memberikan pendapatan tambahan sehingga RM6,000 kepada kira-kira 300,000 PMKS di seluruh negara.
"Kadar bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama akan diturunkan kepada 14 peratus," kata beliau semasa membentangkan inisiatif penambahbaikan berkenaan.
Kadar cukai pendapatan bercukai bagi julat banjaran RM150,000 hingga RM600,000 turut diturunkan kepada 16 peratus.
Langkah sokongan kewangan ini diambil memandangkan sektor PMKS menyumbang kira-kira 40 peratus kepada ekonomi negara serta menggajikan sekurang-kurangnya 8 juta pekerja.
Berita berkaitan
October 9, 2026, 6:00 pm
RM80 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam, RM100 juta baik pulih Kampung Baru Cina
October 9, 2026, 5:39 pm
Belanjawan 2027: Ini 10 manfaat khusus untuk rakyat yang perlu anda tahu
October 9, 2026, 5:31 pm
Buat kerja sukarelawan, anak muda bakal terima RM100 e-dompet menerusi Budi Belia
October 9, 2026, 5:29 pm
Bantuan khas kewangan RM1,500 untuk penjawat awam, pencen minimum veteran ATM dinaikkan RM1,350
October 9, 2026, 5:25 pm
Peruntukan kuarters penjawat awam ditingkatkan RM2.3 bilion
October 9, 2026, 5:20 pm
‘RM500 juta amat mengecewakan’ - BELIA MAHIR gesa pembiayaan PTPK dinaikkan kepada RM1 bilion
October 9, 2026, 5:18 pm
Kerajaan tingkat kebajikan 70,000 guru KAFA dan petugas hal ehwal Islam menerusi insentif khas
October 9, 2026, 5:06 pm
