Berita Berita
Peruntukan kuarters penjawat awam ditingkatkan RM2.3 bilion
KUALA LUMPUR, 9 Okt. – Kerajaan meningkatkan peruntukan pembinaan dan penyelenggaraan kuarters perumahan penjawat awam termasuk warga pendidik, petugas kesihatan, serta anggota keselamatan kepada RM2.3 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pengumuman berkenaan dibuat sebagai bentuk penghargaan terhadap khidmat dan pengorbanan 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.
"Rumah Keluarga Angkatan Tentera baharu akan dibina di Skudai, Johor selain pembinaan kuarters di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak serta Papar, Sabah," kata beliau semasa membentangkan inisiatif berkenaan.
Projek perumahan bernilai RM500 juta itu bakal memberi keselesaan dan manfaat secara langsung kepada hampir 900 anggota keselamatan.
Berita berkaitan
October 9, 2026, 6:00 pm
RM80 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam, RM100 juta baik pulih Kampung Baru Cina
October 9, 2026, 5:39 pm
Belanjawan 2027: Ini 10 manfaat khusus untuk rakyat yang perlu anda tahu
October 9, 2026, 5:31 pm
Buat kerja sukarelawan, anak muda bakal terima RM100 e-dompet menerusi Budi Belia
October 9, 2026, 5:29 pm
Bantuan khas kewangan RM1,500 untuk penjawat awam, pencen minimum veteran ATM dinaikkan RM1,350
October 9, 2026, 5:20 pm
‘RM500 juta amat mengecewakan’ - BELIA MAHIR gesa pembiayaan PTPK dinaikkan kepada RM1 bilion
October 9, 2026, 5:18 pm
Kerajaan tingkat kebajikan 70,000 guru KAFA dan petugas hal ehwal Islam menerusi insentif khas
October 9, 2026, 5:06 pm
Pemberian Khas Sabah, Sarawak naik tiga kali ganda kepada RM1.5 bilion
October 9, 2026, 4:53 pm
