Berita Berita
Lebih 500 rumah di Kampung Melayu Subang terjejas banjir kilat empat kali sebulan
SUNGAI BULOH, 3 Nov. – Lebih 500 rumah di Kampung Melayu Subang terjejas akibat banjir kilat yang berulang sebanyak empat kali dalam tempoh 30 hari.
Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parmen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan memaklumkan bahawa tiga kejadian banjir direkodkan sepanjang Oktober lalu sebelum kawasan terbabit sekali lagi dinaiki air pada Isnin.
Beliau yang ditemui selepas menyertai sesi lawatan bersama mangsa banjir hari ini menganggarkan hampir 1,500 penduduk terjejas berdasarkan purata tiga penghuni bagi setiap rumah.
Sehubungan itu, pasukan tindak balas pantas dari Sungai Buloh telah digerakkan bagi menyumbang bantuan peralatan asas, makanan, tilam, serta membantu kerja-kerja pembersihan rumah penduduk terjejas.
Ramanan turut mendedahkan pembinaan kolam tadahan akan dilaksanakan sebagai penyelesaian sementara atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sementara menunggu pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 1 dan Fasa 2 bagi Sungai Buloh serta Sungai Damansara disiapkan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 3, 2026, 10:41 pm
2,504 guru kanan hilang kelayakan elaun RM120, bayaran dihentikan mulai bulan ini - KPM
November 3, 2026, 10:20 pm
‘Terima kasih Mahsuri, tanpa biasiswa mungkin perlu bayar RM60,000’ – Penerima tajaan ChefMuda 2026
November 3, 2026, 8:12 pm
Tiada pemain JDT disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya menentang China, Yemen
November 3, 2026, 8:06 pm
Lebih RM300,000 disalurkan bantu kebajikan, pendidikan masyarakat India di Bagan Datuk
November 3, 2026, 8:03 pm
JAIS cari pemilik premis simpanan 6.5 tan ayam disembelih secara elektrik di Puchong
November 3, 2026, 7:59 pm
Projek jalan luar bandar Sabah, Sarawak tidak dibatalkan, hanya ditangguhkan
November 3, 2026, 7:42 pm
'Kalau rakyat tak bagi Rohingya sewa, insya-ALLAH dapat jaga keharmonian' - Exco Kelantan
November 3, 2026, 7:36 pm
