TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemeriksaan mengejut sistem saliran di Kuala Lumpur dipertingkatkan tangani banjir kilat

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 3 Nov. – Pemeriksaan mengejut ke atas sistem saliran di sekitar Kuala Lumpur akan dipertingkatkan bagi memastikan laluan air tidak tersumbat dan mengurangkan risiko banjir kilat sepanjang musim hujan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan bahawa pemeriksaan terbabit perlu dilaksanakan lebih awal ketika musim kering, di samping mengaktifkan pejabat cawangan Parlimen dengan pasukan pemantauan yang menjalankan rondaan untuk menyalurkan maklumat terus kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau yang ditemui selepas merasmikan pelancaran Bulan Kitar Semula dan fasiliti kitar semula COB3R di Presint 9 hari ini menekankan kepentingan pemantauan berterusan serta peralihan perancangan cuaca yang mengambil kira jangkaan kadar taburan hujan ekstrem.

Langkah jangka panjang turut memberi fokus kepada konsep bandar span (sponge city), kawalan ketat pembangunan di kawasan bukit, pemeliharaan kawasan hijau, serta peningkatan frekuensi kerja mendalamkan dasar sungai seperti Sungai Toba yang kini dilakukan enam kali setahun berbanding dua kali sebelum ini.

Usaha pemantauan aktif berkenaan menyasarkan penurunan jumlah lokasi panas banjir kilat di Kuala Lumpur kepada 10 lokasi, berbanding kejayaan mengurangkan 30 lokasi kepada 14 lokasi sepanjang tempoh tiga tahun lalu. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset