Berita Berita
Laluan Jalan Tapah-Cameron Highlands terhalang akibat tanah runtuh dan pokok tumbang
TAPAH, 3 Nov. – Kejadian tanah runtuh di Batu 22, Jalan Tapah-Cameron Highlands pagi tadi menyebabkan laluan utama menuju ke pusat peranginan berkenaan tersekat.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengesahkan kejadian berlaku pada jam 10.50 pagi tadi yang melibatkan laluan sepanjang 40 meter serta menyebabkan pokok tumbang menutupi jalan.
Kerja-kerja pembersihan susulan pokok tumbang terbabit telah dilaksanakan dan kini hanya satu lorong dibuka bagi membolehkan pergerakan kenderaan.
Mohammad Nizar menambah bahawa walaupun insiden berkenaan berpunca daripada tanah runtuh, tinjauan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan laluan terbabit masih selamat untuk digunakan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 3, 2026, 10:41 pm
2,504 guru kanan hilang kelayakan elaun RM120, bayaran dihentikan mulai bulan ini - KPM
November 3, 2026, 10:20 pm
‘Terima kasih Mahsuri, tanpa biasiswa mungkin perlu bayar RM60,000’ – Penerima tajaan ChefMuda 2026
November 3, 2026, 8:12 pm
Tiada pemain JDT disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya menentang China, Yemen
November 3, 2026, 8:06 pm
Lebih RM300,000 disalurkan bantu kebajikan, pendidikan masyarakat India di Bagan Datuk
November 3, 2026, 8:03 pm
JAIS cari pemilik premis simpanan 6.5 tan ayam disembelih secara elektrik di Puchong
November 3, 2026, 7:59 pm
Projek jalan luar bandar Sabah, Sarawak tidak dibatalkan, hanya ditangguhkan
November 3, 2026, 7:42 pm
'Kalau rakyat tak bagi Rohingya sewa, insya-ALLAH dapat jaga keharmonian' - Exco Kelantan
November 3, 2026, 7:36 pm
