TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mohd Shuhaily kekal jalani tugas Ketua Pengarah AKPS berikutan tiada arahan rasmi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 5 Nov. – Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memandangkan beliau belum menerima sebarang surat atau arahan rasmi berhubung keputusan mengembalikannya ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam yang mewakilinya, Rafique Rashid Ali memaklumkan di Kompleks Mahkamah hari ini bahawa anak guamnya masih mempunyai kuasa sah untuk menjalankan tugas seperti biasa termasuk mempengerusikan mesyuarat agensi berkenaan selagi tiada surat rasmi diterima.

Pihak pembelaan turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya memberikan penjelasan terbuka berikutan pengumuman penamatan pinjaman tugas terbabit menimbulkan pelbagai spekulasi serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail menjelaskan bahawa proses penamatan tempoh penempatan Mohd Shuhaily di AKPS yang sepatutnya tamat pada 30 Jun 2027 perlu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu selepas menerima nasihat perundangan Jabatan Peguam Negara.

Mohd Shuhaily yang kembali bertugas pada 2 November lalu telah mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bilangan 3/2026, manakala beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di KLIA pada 28 September lalu. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset