Berita Berita
Banjir setinggi 0.6 meter di Jalan Meru Tambahan jejaskan kenderaan ringan
KUALA LUMPUR, 5 Nov. – Kejadian banjir setinggi kira-kira 0.6 meter menyebabkan Jalan Meru Tambahan menghala ke Puncak Alam tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan bahawa JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 5.14 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar digerakkan ke lokasi.
Pemeriksaan komander operasi mengesahkan tiada mangsa yang dilaporkan terjejas dalam insiden berkenaan, manakala keadaan di lokasi kejadian berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.40 petang sebelum operasi ditamatkan secara rasmi pada jam 6.09 petang.
Beberapa hantaran gambar dan video di platform media sosial seperti Threads turut menular paparan limpahan air keruh mengalir deras di beberapa kawasan termasuk sekitar Eco Grandeur, Palm Hillpark, dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam berikutan hujan lebat.
Dalam kejadian berasingan, JBPM Selangor turut menerima laporan banjir kilat di Jalan Haji Supi, Kampung Salak, Sepang pada jam 5.37 petang, di mana sembilan anggota BBP Sepang yang dikejarkan ke lokasi mendapati paras air sudah surut serta keadaan persekitaran kembali terkawal.
Berita berkaitan
November 5, 2026, 8:10 pm
Pemandu terselamat kereta dihempap pokok tumbang dekat SMK Agama Pulau Tawar
November 5, 2026, 8:01 pm
Anwar gesa pengundi Melaka beri mandat kepada calon PH demi pembangunan negeri
November 5, 2026, 7:55 pm
Akmal tempelak kempen provokatif, rosak bahan kempen pada PRN Melaka
November 5, 2026, 4:23 pm
Dr Mohamad nafi seleweng cek zakat RM100,000 biayai lawatan ke Mesir
November 5, 2026, 4:17 pm
Bekas isteri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia pada usia 65 tahun
November 5, 2026, 4:15 pm
BNM kekal OPR pada paras 2.75 peratus bagi kali kelapan berturut-turut
November 5, 2026, 4:10 pm
Aliff Daniel serta ibu dan adik buat pengisytiharan taubat terbuka isu ritual agama lain
November 5, 2026, 4:06 pm
Mohd Shuhaily kekal jalani tugas Ketua Pengarah AKPS berikutan tiada arahan rasmi
November 5, 2026, 2:59 pm
