TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bekas isteri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia pada usia 65 tahun

By
|
Kongsi
image

KUANTAN, 5 Nov. – Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar telah meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Anak sulung Allahyarhamah, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib mengesahkan perkhabaran duka terbabit menerusi hantaran di laman Facebook beliau pada Khamis.

Mohamad Nizar menzahirkan rasa dukacita mendalam atas pemergian bondanya sambil mengenang segala kasih sayang, pengorbanan, serta doa yang dicurahkan Allahyarhamah sepanjang hayatnya.

Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohamad Nizar, Putri Norlisa, dan Mohd Nazifuddin selepas sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal serta menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ahli keluarga dan orang ramai mendoakan agar roh Allahyarhamah dicemuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus.

+ - reset