Berita Berita
Pemandu terselamat kereta dihempap pokok tumbang dekat SMK Agama Pulau Tawar
JERANTUT, 5 Nov. – Seorang pemandu lelaki berusia 52 tahun berdepan detik cemas namun terselamat selepas kereta yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Pulau Tawar petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut, Raja Arif Raja Shamsudin memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.18 petang sebelum jentera FRT bersama tiga anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan terbabit oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
Anggota bomba bertindak memasangkan alat pelindung leher (C-collar) pada mangsa sebagai langkah berwaspada sebelum menyerahkannya kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan lanjut.
Pasukan bomba dengan kerjasama pihak polis dan APM mengoperasikan gergaji berantai bagi memotong serta membersihkan batang pokok yang menghalang laluan awam di kawasan berkenaan.
Berita berkaitan
November 5, 2026, 8:13 pm
Banjir setinggi 0.6 meter di Jalan Meru Tambahan jejaskan kenderaan ringan
November 5, 2026, 8:01 pm
Anwar gesa pengundi Melaka beri mandat kepada calon PH demi pembangunan negeri
November 5, 2026, 7:55 pm
Akmal tempelak kempen provokatif, rosak bahan kempen pada PRN Melaka
November 5, 2026, 4:23 pm
Dr Mohamad nafi seleweng cek zakat RM100,000 biayai lawatan ke Mesir
November 5, 2026, 4:17 pm
Bekas isteri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia pada usia 65 tahun
November 5, 2026, 4:15 pm
BNM kekal OPR pada paras 2.75 peratus bagi kali kelapan berturut-turut
November 5, 2026, 4:10 pm
Aliff Daniel serta ibu dan adik buat pengisytiharan taubat terbuka isu ritual agama lain
November 5, 2026, 4:06 pm
Mohd Shuhaily kekal jalani tugas Ketua Pengarah AKPS berikutan tiada arahan rasmi
November 5, 2026, 2:59 pm
