Berita Berita
Akmal tempelak kempen provokatif, rosak bahan kempen pada PRN Melaka
SHAH ALAM, 5 Nov. – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak tindakan pihak tertentu yang didakwa menggunakan pendekatan provokatif serta merosakkan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu menyifatkan tindakan mengoyak poster dan memaki hamun sebagai cara berkempen yang tidak sepatutnya digunakan untuk meraih sokongan pengundi.
Kenyataan beliau dibuat menerusi hantaran di laman sosial pada Khamis susulan penularan satu pautan video memaparkan seorang lelaki dipercayai melakukan provokasi dengan menyebut namanya berulang kali sambil melaungkan perkataan menghina.
Dr Akmal menegaskan bahawa masyarakat di Melaka akan membuat penilaian bijak serta menterjemahkan pendirian mereka menerusi kertas undi pada hari pembuangan undi kelak.
Persaingan di DUN Merlimau menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Muhamad Akmal yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRN 2021 dengan majoriti 3,248 undi, menentang Ketua Wanita Amanah Melaka, Rahayu Hamzah. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 5, 2026, 8:13 pm
Banjir setinggi 0.6 meter di Jalan Meru Tambahan jejaskan kenderaan ringan
November 5, 2026, 8:10 pm
Pemandu terselamat kereta dihempap pokok tumbang dekat SMK Agama Pulau Tawar
November 5, 2026, 8:01 pm
Anwar gesa pengundi Melaka beri mandat kepada calon PH demi pembangunan negeri
November 5, 2026, 4:23 pm
Dr Mohamad nafi seleweng cek zakat RM100,000 biayai lawatan ke Mesir
November 5, 2026, 4:17 pm
Bekas isteri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia pada usia 65 tahun
November 5, 2026, 4:15 pm
BNM kekal OPR pada paras 2.75 peratus bagi kali kelapan berturut-turut
November 5, 2026, 4:10 pm
Aliff Daniel serta ibu dan adik buat pengisytiharan taubat terbuka isu ritual agama lain
November 5, 2026, 4:06 pm
Mohd Shuhaily kekal jalani tugas Ketua Pengarah AKPS berikutan tiada arahan rasmi
November 5, 2026, 2:59 pm
