Berita Berita
Aliff Daniel serta ibu dan adik buat pengisytiharan taubat terbuka isu ritual agama lain
SHAH ALAM, 5 Nov. – Aliff Daniel Adli, 21, yang sebelum ini tular melakukan ritual agama lain membuat pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka bersama ibu, Rohizayanti Ramli, 52, dan adiknya, Nur Ranea Ezreen Adli, 19, hari ini.
Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir bersama pengurusan tertinggi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyaksikan majlis Istitabah terbabit yang diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Ibu serta adik tertuduh turut diminta melafazkan taubat pada majlis berkenaan atas kegagalan memberikan nasihat kepada Aliff Daniel, manakala Pengerusi MAIS Datuk Salehuddin Saidin menegaskan bahawa Istitabah mencerminkan pendekatan pemulihan akidah, bimbingan, dan nasihat institusi agama Islam.
Satu hari sebelum majlis pengisytiharan berkenaan, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat mengarahkan Aliff Daniel menjalani pemulihan akidah di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam selama tiga bulan selepas beliau mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 itu difailkan susulan tindakan tertuduh menjunjung alat keagamaan lain, melakukan ritual mencucuk anggota badan, dan berlutut di hadapan patung di sebuah kuil di Batu Caves pada 24 Januari 2024. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 5, 2026, 8:13 pm
Banjir setinggi 0.6 meter di Jalan Meru Tambahan jejaskan kenderaan ringan
November 5, 2026, 8:10 pm
Pemandu terselamat kereta dihempap pokok tumbang dekat SMK Agama Pulau Tawar
November 5, 2026, 8:01 pm
Anwar gesa pengundi Melaka beri mandat kepada calon PH demi pembangunan negeri
November 5, 2026, 7:55 pm
Akmal tempelak kempen provokatif, rosak bahan kempen pada PRN Melaka
November 5, 2026, 4:23 pm
Dr Mohamad nafi seleweng cek zakat RM100,000 biayai lawatan ke Mesir
November 5, 2026, 4:17 pm
Bekas isteri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia pada usia 65 tahun
November 5, 2026, 4:15 pm
BNM kekal OPR pada paras 2.75 peratus bagi kali kelapan berturut-turut
November 5, 2026, 4:06 pm
Mohd Shuhaily kekal jalani tugas Ketua Pengarah AKPS berikutan tiada arahan rasmi
November 5, 2026, 2:59 pm
