Berita Jenayah
Empat individu termasuk dua warga asing ditahan kes lelaki maut ditetak di Teluk Intan
TELUK INTAN, 6 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat individu termasuk dua lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Taman Banjar Jaya yang berlaku pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian memaklumkan bahawa tangkapan terbaharu membabitkan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40-an yang ditahan semalam berikutan tindakan awal menahan tiga lagi suspek pada 4 November lalu.
Permohonan reman terhadap suspek lelaki tempatan berkenaan dijangka dibuat pagi ini, manakala tiga suspek terdahulu yang terdiri daripada seorang wanita tempatan dan dua lelaki warga asing telah direman bermula 4 hingga 11 November ini.
Insiden yang berlaku pada jam 3.53 petang pada 3 November lalu menyaksikan mangsa diserang oleh tiga lelaki menggunakan parang di sebuah kedai sebelum dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Pihak polis menjalankan siasatan terperinci di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian berkenaan.
Berita berkaitan
November 5, 2026, 8:05 pm
Tiga individu ditahan bantu siasatan kes warga emas maut dipukul di Seremban
November 5, 2026, 2:41 pm
Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota Maritim Malaysia di perairan Sungai Padang
November 4, 2026, 10:02 am
Lelaki cedera diserang tiga individu bersenjata di Bandar Tun Hussein Onn
November 3, 2026, 5:04 pm
'Pakai beg, baju branded' tular dakwaan muncul geng 'scammer' dari China minta 'cash' di KLIA
November 3, 2026, 4:02 pm
Warga emas ditipu lelaki menyamar hantar 'parcel' sebelum disamun hingga terkoyak baju
November 2, 2026, 11:25 am
Berebut kawasan perniagaan punca rusuhan di Desa Tun Razak
October 30, 2026, 6:20 pm
Tiga budak Rohingya didakwa ugut wanita warga emas menangis dalam mahkamah di Pulau Pinang
October 30, 2026, 3:37 pm
Warga emas gaya 'Lupin' curi parcel jiran-jiran penuh satu troli
October 30, 2026, 11:32 am
