Berita Jenayah
'Pakai beg, baju branded' tular dakwaan muncul geng 'scammer' dari China minta 'cash' di KLIA
KUALA LUMPUR 3 NOVEMBER – Penampilan kemas dengan pakaian berjenama dan beg mahal dipercayai menjadi antara taktik digunakan sekumpulan individu yang didakwa menjalankan kegiatan penipuan dengan menyasarkan orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dakwaan mengenai modus operandi kumpulan terbabit mula mendapat perhatian selepas satu perkongsian pengguna media sosial tular, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan orang ramai khususnya pengunjung yang berada di lapangan terbang berkenaan.
Menerusi hantaran itu, individu terbabit didakwa mendekati orang awam dengan alasan tidak dapat mengeluarkan wang tunai, sebelum meminta bantuan mangsa untuk membuat pengeluaran wang daripada akaun bank sendiri.
Sebagai balasan, mereka kononnya akan memindahkan sejumlah wang ke akaun mangsa menerusi transaksi dalam talian yang dikaitkan dengan kaedah 'Cloudwire Transaction'.
Bagaimanapun, transaksi berkenaan didakwa kelihatan seolah-olah sah, sedangkan wang yang dijanjikan tidak diterima secara serta-merta oleh mangsa.
Lebih membimbangkan, perkongsian itu mendakwa wang berkenaan hanya kelihatan seperti sedang diproses sebelum akhirnya tidak masuk ke akaun penerima, sebaliknya dipercayai kembali ke akaun pihak yang melakukan penipuan selepas beberapa hari.
Keadaan itu dikhuatiri menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai milik sendiri tanpa menerima bayaran seperti yang dijanjikan.
Pengguna media sosial yang berkongsi perkara itu turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali yang meminta bantuan kewangan, walaupun mereka tampil dengan penampilan meyakinkan serta mendakwa berdepan masalah transaksi perbankan.
Bagaimanapun, dakwaan berhubung kegiatan tersebut termasuk identiti individu yang dikaitkan dengannya masih memerlukan pengesahan pihak berkuasa.
Berita berkaitan
November 3, 2026, 4:02 pm
Warga emas ditipu lelaki menyamar hantar 'parcel' sebelum disamun hingga terkoyak baju
November 2, 2026, 11:25 am
Berebut kawasan perniagaan punca rusuhan di Desa Tun Razak
October 30, 2026, 6:20 pm
Tiga budak Rohingya didakwa ugut wanita warga emas menangis dalam mahkamah di Pulau Pinang
October 30, 2026, 3:37 pm
Warga emas gaya 'Lupin' curi parcel jiran-jiran penuh satu troli
October 30, 2026, 11:32 am
Polis siasat video tular kes curi kabel secara terbuka di Bulatan Kampung Pandan
October 30, 2026, 11:18 am
Wanita warga asing melecur disimbah asid selepas mahu putus hubungan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
