Berita Jenayah
Polis siasat video tular kes curi kabel secara terbuka di Bulatan Kampung Pandan
KUALA LUMPUR, 30 Okt. – Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung satu rakaman video tular di platform Threads yang memaparkan tindakan nekad seorang lelaki disyaki mencuri kabel secara terbuka di kawasan Bulatan Kampung Pandan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman memaklumkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju mengesan penularan klip video berkenaan lalu bertindak membuat laporan polis rasmi bagi memulakan proses siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau hukuman penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali bagi mana-mana pihak yang didapati bersalah merosak, meroboh atau memindahkan mana-mana kemudahan rangkaian.
Terdahulu, rakaman berdurasi pendek yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads pada petang semalam memaparkan suspek berpakaian hitam menarik objek menyerupai kabel yang berjuntai di bawah laluan bertingkat berhampiran lampu isyarat, sebelum mengemas kini hantaran bagi memaklumkan kabel di lokasi terbabit telah pun dipotong.
Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan keberanian suspek melakukan kegiatan jenayah secara terang-terangan di tengah-tengah kesesakan lalu lintas yang padat. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 30, 2026, 3:37 pm
Warga emas gaya 'Lupin' curi parcel jiran-jiran penuh satu troli
October 30, 2026, 11:18 am
Wanita warga asing melecur disimbah asid selepas mahu putus hubungan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
