TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Lelaki cedera diserang tiga individu bersenjata di Bandar Tun Hussein Onn

By
|
Kongsi
image

KAJANG, 4 Nov. – Polis mengesahkan penerimaan laporan polis berhubung kejadian seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang ditemui cedera di kaki lima sebuah premis perniagaan di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan bahawa insiden yang berlaku kira-kira jam 4.59 petang itu menyaksikan mangsa mengalami kecederaan di lengan kiri selepas dipercayai diserang oleh tiga individu tidak dikenali dengan menggunakan senjata tajam.

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Kajang, manakala usaha mengesan serta mengenal pasti kesemua suspek dan motif kejadian sedang giat dijalankan.

Siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 013-6232713, IPD Kajang di talian 03-89114222, atau merujuk mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset