TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Warga emas gaya 'Lupin' curi parcel jiran-jiran penuh satu troli

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 OKTOBER - Suasana tenang kawasan perumahan tiba-tiba dicemari dengan gelagat bersahaja seorang warga emas yang sekilas pandang tidak, nampak seperti watak pencuri licik siri popular, Arsene Lupin. 

Berbekalkan sebuah troli penuh muatan, lelaki berusia itu sanggup merasmikan 'operasi' samun barang milikan jiran tetangga di depan mata kamera litar tertutup (CCTV), sehingga meninggalkan kesan buat petugas kurier yang terpaksa menanggung kerugian besar.

Kejadian tular itu mula mendapat perhatian ramai selepas mangsa, Eyqa Ally, meluahkan rasa terkilan menerusi hantaran di laman sosial berserta rakaman video yang merakamkan gelagat selamba suspek. 
Mengulas insiden berkenaan, Eyqa mendakwa suspek pada mulanya bertindak secara senyap dari satu pintu ke satu pintu sebelum kembali dengan membawa sebuah troli untuk melarikan bungkusan milik penduduk setempat.   

"Ni part 1 dia heist. Memula door to door. Angkat parcel and go. Sebelum heist kedua sauk 1 trolley. Dia ingat nak jadi Lupin ke? Video share dari jiran," ujar Eyqa lagi sambil merujuk kepada gaya licik individu terbabit.   
MP4

Tambah mangsa, wakil syarikat penghantaran J&T sebelum itu hadir ke kediaman mereka memaklumkan pihak syarikat perlu membayar ganti rugi susulan kehilangan bungkusan yang mencecah muatan satu troli penuh. 

Namun, misteri akhirnya terjawab apabila ada penduduk memuat naik rakaman video yang mendedahkan suspek sebenar di sebalik kehilangan harta benda terbabit.   

"Slm J&T drv dtg uma ckp dorang kena compensate kita parcel sebab parcel kena curi 1 trolley. Harini ada jiran post video pakcik rupenya dalangnya parcel kitaorg ilang. Cer tgk,rilek je amek brg org lain. Sampai hati pakcik. Kesian delivery person kena ganti rugi," luah Eyqa dengan nada kesal terhadap tindakan tidak bertanggungjawab itu.  

+ - reset