Berita Jenayah
Lelaki tular sering mengamuk ditahan di Keningau, polis sahkan positif dua jenis dadah
KENINGAU, 10 Nov. – Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang tular di media sosial berikutan perbuatannya yang kerap mengamuk dan mengganggu ketenteraman awam akhirnya ditahan polis di hadapan sebuah kedai kopi di daerah ini, semalam.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Keningau kira-kira jam 3.30 petang di kawasan pekarangan hadapan Kedai Kopi Foo Nyen susulan aduan orang awam berhubung tindakan suspek yang mengganggu aktiviti harian masyarakat.
Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Keningau sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk pemeriksaan lanjut.
Hasil ujian saringan awal air kencing mengesahkan suspek positif dua jenis dadah iaitu methamphetamine dan amphetamine. Suspek kini ditahan dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Erwansyah menegaskan bahawa pihak polis sentiasa memantau kegiatan yang mengganggu ketenteraman awam dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengancam keselamatan penduduk, di samping menasihati orang ramai agar segera menyalurkan maklumat sekiranya mengesan perlakuan mencurigakan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 10, 2026, 12:55 pm
Kes pecah kedai pajak RM28.4 juta: 7 individu ditahan, bekas pengurus disyaki jadi dalang
November 6, 2026, 10:04 am
Empat individu termasuk dua warga asing ditahan kes lelaki maut ditetak di Teluk Intan
November 5, 2026, 8:05 pm
Tiga individu ditahan bantu siasatan kes warga emas maut dipukul di Seremban
November 5, 2026, 2:41 pm
Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota Maritim Malaysia di perairan Sungai Padang
November 4, 2026, 10:02 am
Lelaki cedera diserang tiga individu bersenjata di Bandar Tun Hussein Onn
November 3, 2026, 5:04 pm
'Pakai beg, baju branded' tular dakwaan muncul geng 'scammer' dari China minta 'cash' di KLIA
November 3, 2026, 4:02 pm
Warga emas ditipu lelaki menyamar hantar 'parcel' sebelum disamun hingga terkoyak baju
November 2, 2026, 11:25 am
Berebut kawasan perniagaan punca rusuhan di Desa Tun Razak
October 30, 2026, 6:20 pm
