Berita Jenayah
Kes pecah kedai pajak RM28.4 juta: 7 individu ditahan, bekas pengurus disyaki jadi dalang
JOHOR BAHRU, 10 Nov. – Pihak polis mengesahkan penahanan tujuh individu termasuk pasangan suami isteri berhubung kejadian pecah masuk sebuah kedai pajak gadai di Kota Tinggi yang mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM28.4 juta membabitkan wang tunai dan barangan kemas.
Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Ab Rahaman Arsad menerusi sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini memaklumkan bahawa laporan berhubung kejadian diterima pada jam 11.42 pagi Jumaat lalu (6 Nov).
Susulan itu, siri operasi dilaksanakan di Johor Bahru dan Kota Tinggi pada 7 dan 8 November yang membawa kepada penahanan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 29 hingga 48 tahun.
Siasatan awal mendapati suspek menceroboh masuk menerusi pintu hadapan premis sebelum melarikan diri mengikut pintu belakang, manakala pihak polis turut merampas anggaran 2,800 unit barangan kemas serta wang tunai berjumlah lebih RM27,000 di sebuah rumah suspek di Johor Bahru.
Siasatan mendedahkan bahawa insiden pecah masuk berkenaan didalangi oleh bekas pengurus cawangan kedai pajak terbabit bersama dua lagi bekas pekerja, yang dipercayai dirancang bagi memusnahkan bukti berkaitan kes pecah amanah (CBT).
Hasil pemeriksaaan awal mendapati sebahagian besar barangan kemas yang dirampas dipercayai bukannya emas tulen, di mana suspek disyaki menjalankan kegiatan memajak barangan kemas tiruan menggunakan identiti palsu sejak empat hingga lima tahun lalu.
Pihak polis turut mendapati terdapat laporan berasingan dibuat pada 6 Oktober lalu berhubung penipuan pajakan di cawangan sama, dan kesemua suspek kini direman hingga 15 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 10, 2026, 12:39 pm
Lelaki tular sering mengamuk ditahan di Keningau, polis sahkan positif dua jenis dadah
November 6, 2026, 10:04 am
Empat individu termasuk dua warga asing ditahan kes lelaki maut ditetak di Teluk Intan
November 5, 2026, 8:05 pm
Tiga individu ditahan bantu siasatan kes warga emas maut dipukul di Seremban
November 5, 2026, 2:41 pm
Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota Maritim Malaysia di perairan Sungai Padang
November 4, 2026, 10:02 am
Lelaki cedera diserang tiga individu bersenjata di Bandar Tun Hussein Onn
November 3, 2026, 5:04 pm
'Pakai beg, baju branded' tular dakwaan muncul geng 'scammer' dari China minta 'cash' di KLIA
November 3, 2026, 4:02 pm
Warga emas ditipu lelaki menyamar hantar 'parcel' sebelum disamun hingga terkoyak baju
November 2, 2026, 11:25 am
Berebut kawasan perniagaan punca rusuhan di Desa Tun Razak
October 30, 2026, 6:20 pm
