TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lori remuk dihempap pokok tumbang, penunggang motosikal maut di Rawang

By
|
Kongsi
image

RAWANG 18 NOVEMBER - Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dihempap pokok tumbang di Jalan Templer, di sini, petang ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Rawang menghala ke Selayang.

Insiden itu turut menyebabkan sebuah lori remuk akibat dihempap pokok sama, berdasarkan rakaman video kejadian yang tular dalam media sosial.

Bagaimanapun setakat ini, keadaan pemandu lori belum diketahui.

Kejadian itu turut menyebabkan laluan berkenaan terhalang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kedua-dua arah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kini sedang menjalankan operasi menyelamat serta pembersihan di lokasi kejadian.

+ - reset