Berita Viral
Belum sempat 24 jam, lelaki disyaki curi dompet berjaya dicekup polis di Cheras
KAJANG 12 NOVEMBER – Tindakan seorang lelaki dipercayai menceroboh kawasan rumah sebelum melarikan dompet di Taman Rakan, Cheras, membawa padah apabila dia berjaya ditahan pihak polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11 November lalu, kira-kira jam 10.15 pagi, membabitkan mangsa lelaki tempatan berusia 28 tahun.
Menurutnya, kehilangan dompet berkenaan disedari mangsa kira-kira jam 8 pagi pada hari sama selepas mendapati barangan peribadinya yang disimpan di dalam kenderaan sudah tiada.
"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki tidak dikenali dipercayai memasuki kawasan rumah mangsa sebelum mengambil dompet berkenaan.
"Dompet itu mengandungi kad pengenalan serta kad ATM dan debit milik mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an di kawasan Taman Rakan, Cheras, kira-kira jam 10 malam pada 11 November lalu.
Dalam tangkapan itu, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Modenas Kriss serta topi keledar berwarna hitam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
Naazron berkata, suspek dibawa ke Mahkamah Kajang pada 12 November lalu sebelum Majistret membenarkan perintah reman selama sehari bagi membantu siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohamad Zamri Mohamad Nor menerusi talian 010-2848 761 bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
November 12, 2026, 5:44 pm
Pemandu kejam dipercayai gantung kucing luar tingkap di Johor
November 12, 2026, 2:02 pm
'Pemandu bukan warga Malaysia', pengguna jalan raya terkejut ayam dibawa dalam bakul tanpa plastik
November 11, 2026, 5:33 pm
'Tak rasa bersalah ke', orang ramai kongsi keadaan sungai dipenuhi sampah berikat
November 11, 2026, 2:53 pm
Bertarung nyawa naik bot ke sekolah, buaya pula menanti di sungai
November 11, 2026, 11:33 am
Parkir MRT Kwasa Damansara ditenggelami banjir
November 10, 2026, 1:25 pm
Peniaga jual ayam bekas gigitan tikus di Pudu?
November 10, 2026, 10:50 am
'Siap letak kon halang kereta', ulat tiket kembali di kawasan parkir MRT Maluri?
November 10, 2026, 9:34 am
Bapa dipercayai sanggup tinggal anak tepi jalan hingga cedera kejar kereta di Nilai
November 6, 2026, 11:31 am
