TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Lari nampak CCTV', warga asing disyaki menyamar jadi tetamu 'homestay' untuk pecah masuk rumah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER - Penghuni di sebuah kondominium di Lembah Klang meluahkan kebimbangan berhubung dakwaan wujudnya sindiket jenayah membabitkan warga asing yang menyamar sebagai tetamu inap desa bagi melakukan kegiatan pecah rumah.

Perkara itu tular di media sosial menerusi perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai Yuriazhar8118 yang menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling di kawasan kediaman masing-masing.

Berdasarkan hantaran berkenaan, kumpulan terbabit disyaki menyalahgunakan kemudahan penginapan jangka pendek sebagai helah untuk menyusup masuk ke bangunan kediaman bertingkat sebelum menceroboh unit milik penduduk.

"Lokasi dirahsiakan supaya tidak dikenakan tindakan saman dan laporan polis. Kejadian berlaku di sebuah kondominium di Lembah Klang. Saya dan jiran-jiran mengesyaki kini terdapat sindiket menyamar sebagai tetamu inap desa untuk memecah masuk premis, menceroboh serta melakukan pelbagai jenayah lain membabitkan warga asing dan tempatan," katanya menerusi hantaran tersebut.

Beliau turut menekankan bahawa kesedaran serta semangat kejiranan amat penting bagi mengekang sebarang ancaman keselamatan daripada terus berleluasa.

"Berhati-hati semua, sentiasa peka dengan persekitaran rumah anda. Itu pentingnya kerjasama sesama komuniti bagi memastikan kawasan tempat tinggal kita selamat," katanya.

Susulan penularan maklumat itu, rata-rata pengguna media sosial menyuarakan pandangan agar badan pengurusan bersama (JMB) serta persatuan penduduk memperketatkan lagi prosedur kawalan keselamatan, khususnya membabitkan pendaftaran keluar masuk pelawat dan penyewa sementara di premis kediaman berstrata.

+ - reset