TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

“Berehatlah isteri syurga ku”, suami luah kesedihan, kisah cinta 11 tahun berakhir lepas sebulan bergelar suami isteri

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER - Kisah cinta yang dibina sejak zaman persekolahan selama lebih sedekad akhirnya mengundang sebak apabila seorang lelaki dikenali sebagai IdhamKamal berkongsi luahan penuh emosi mengenai pemergian isteri tercinta, Sharifah Nuraqilah Nadhiratul Husna.

Menerusi perkongsian di media sosial, IdhamKamal menceritakan perjalanan hubungan mereka yang bermula dengan perkenalan selama 11 tahun, sebelum menjalin hubungan cinta selama sembilan tahun dan seterusnya mengikat tali pertunangan selama 10 bulan.

Bagaimanapun, kebahagiaan yang baru dikecapi sebagai pasangan suami isteri hanya sempat dirasai selama sebulan sebelum isterinya dijemput Ilahi.

Menerusi luahan tersebut, dia menyifatkan kehadiran wanita berkenaan sebagai pelengkap kehidupannya selain mengakui tidak mengetahui bagaimana kehidupannya selepas kehilangan insan tersayang itu.

“Chapter di dalam hidup saya lengkap dengan adanya awak di sisi. Saya tak tahu apa yang akan jadi dengan saya selepas ini,” tulisnya.

Lebih menyentuh perasaan, IdhamKamal turut menzahirkan rasa syukur kerana isterinya tetap memilih dirinya sebagai pasangan hidup meskipun menyedari kekurangan yang dimiliki.

Malah, dia mengakui wanita berkenaan banyak mengubah kehidupannya sehingga menjadi individu seperti hari ini.

“Before you, I was nothing. Terima kasih sayang kerana jadikan saya orang yang sekarang,” katanya.

Dalam perkongsian sama, lelaki itu turut menitipkan penghargaan buat isterinya yang disifatkan sebagai wanita teragung dalam hidupnya, selain menegaskan bahawa segala kasih sayang dan cintanya akan sentiasa menjadi milik Allahyarhamah.

“Cinta saya, sayang saya semuanya untuk awak sayang. Saya bersyukur adanya awak sebagai isteri saya, Sharifah Nuraqilah Nadhiratul Husna binti Syed Mohamad Faizal.

“Terima kasih wanita teragungku. Berehatlah isteri syurgaku,” luahnya.

Perkongsian berkenaan mengundang rasa hiba dalam kalangan pengguna media sosial yang tersentuh dengan kisah perjalanan cinta pasangan itu, apatah lagi apabila kebersamaan sebagai suami isteri hanya berlangsung dalam tempoh yang begitu singkat.

 

+ - reset