Berita Sukan
Cheng Hoe lebih layak bimbing HM berbanding Bojan Hodak - Peter de Roo
KUALA LUMPUR 25 NOVEMBER - Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tidak melantik Tan Cheng Hoe sebagai pengendali tetap skuad kebangsaan menimbulkan rasa kesal pada bekas kepimpinan teknikal badan induk itu.
Bekas Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo berpandangan Cheng Hoe sudah mempamerkan keupayaan sebenar ketika menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih interim, justeru wajar diberikan kepercayaan penuh.
Ujar beliau, apabila memiliki barisan pemain yang mantap, taktikal kendalian bekas jurulatih Kedah itu sukar dikekang, sebagaimana terserlah sepanjang kempen Piala Asean FIFA yang menyaksikan Malaysia mencatat kemenangan besar ke atas Singapura selain menundukkan Vietnam.
"Kadang-kadang, kita tidak mendapat apa yang sepatutnya kita berhak untuk dapat. Itulah juga bola sepak," katanya dalam satu kenyataan.
Peter menyifatkan barisan lengkap memberi ruang kepada Cheng Hoe untuk menyerlahkan kualiti kepimpinannya menerusi corak persembahan menghiburkan serta usaha berterusan menguasai rentak perlawanan.
"Dengan skuad yang lengkap, jelas TCH sekali lagi membuktikan kemampuannya! Permainan yang menarik dan sentiasa cuba control game," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Cheng Hoe merupakan jurulatih paling berwibawa yang pernah dilihatnya sepanjang berkhidmat di negara ini, sekali gus melihat peralihan status daripada pemangku kepada jawatan tetap sebagai langkah mudah yang tidak memerlukan pertimbangan berlarutan.
"Sepanjang saya di Malaysia, beliau adalah jurulatih terbaik yang pernah saya saksikan. Tidak sukar pun untuk menggugurkan perkataan interim dan menggantikannya dengan permanent. Benda tak perlu fikir panjang," tegas Peter.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 7:39 pm
Dulu disanjung TMJ, kini terpaksa tanggung hutang RM13 juta
November 25, 2026, 5:45 pm
Bekas pemain Selangor berjaya jaring gol berkelas dunia di ACLE
November 25, 2026, 1:43 pm
Fans Indonesia gigil, dakwa Bojan Hodak tahu kelemahan semua pemain Sang Garuda
November 25, 2026, 10:51 am
Seri di Ratchaburi, taktikal Munoz terus dipersoal penyokong JDT
November 24, 2026, 5:25 pm
FAM lantik Bojan Hodak sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya
November 18, 2026, 8:20 am
Pemain Palestin cetus kontroversi, buat isyarat 'bau busuk' depan kapten India
November 12, 2026, 10:54 am
Kerajaan belanja RM70 juta anjur F1 GP Bahrain di Sepang, jana impak ekonomi hampir RM950 juta
November 9, 2026, 11:27 am
'Tak hormat pasukan lawan', Pan-gon mahu MFL siasat Nazmi Faiz
November 5, 2026, 10:13 pm
