TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Bekas pemain Selangor berjaya jaring gol berkelas dunia di ACLE

By
|
Kongsi
image

CENTRAL COAST  25 NOVEMBER - Bekas tonggak import Selangor FC, Zach Clough membuktikan sentuhan penyudahnya kekal berbisa di pentas tertinggi benua apabila meledak jaringan berkelas dunia buat Newcastle Jets FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 2026/2027, malam tadi.

Pemain tengah menyerang kelahiran England itu melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-24 untuk mengikat kedudukan 1-1 berdepan kelab gergasi Jepun, Kashiwa Reysol, pada aksi kelima Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Polytec.

Gol sulung bersama kelab Australia itu bukan sahaja memukau penyokong tuan rumah, malah memberi suntikan semangat buat pasukan berkenaan selepas ketinggalan awal sebelum pelawat kembali mendahului untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-1.

Keputusan terbaharu di Central Coast itu menyaksikan Newcastle Jets perlu bekerja keras pada baki perlawanan peringkat kumpulan bagi menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati kejohanan kelab elit benua tersebut.

+ - reset