Berita Viral
'Bagai tiada penyesalan', suspek belasah warga emas siap tunjuk siku depan media di Terengganu
KUALA TERENGGANU 26 NOVEMBER - Tiga lelaki yang ditahan berhubung insiden keganasan jalan raya membabitkan seorang warga emas direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan pihak berkuasa.
Perintah tahanan berkenaan sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Amir Zainul Muttaqin Mohd Zamri di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Terdahulu, gelagat ketiga-tiga individu berusia antara 39 hingga 44 tahun itu ketika diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah menuju ke lif mencuri tumpuan pengamal media yang membuat liputan.
Menerusi rakaman berdurasi 37 saat yang tular di media sosial, kumpulan lelaki terbabit dilihat berjalan dalam keadaan bergari namun mempamerkan raut wajah tenang serta melemparkan senyuman ke arah lensa kamera.
Salah seorang daripada mereka yang berpakaian gelap berjalur putih turut kelihatan mengangkat penumbuk serta menggayakan isyarat siku di hadapan petugas media, seolah-olah tidak menunjukkan sebarang kekesalan atas perbuatan dilakukannya.
Kesemua mereka ditahan polis Selasa lalu susulan kejadian di Lorong Ikhwan, Jalan Pasir Panjang di sini pada Isnin lepas, yang berpunca daripada kemalangan apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Alza melanggar bahagian belakang kereta dipandu seorang wanita.
Akibat pelanggaran tersebut, suami pemandu wanita itu yang berusia 62 tahun telah keluar dari kenderaannya untuk memeriksa kerosakan sebelum diserang secara fizikal oleh suspek terbabit.
Rakaman video berhubung serangan ke atas mangsa turut tersebar luas di platform media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi masyarakat.
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
November 26, 2026, 7:08 pm
'Kesan baju macam jatuh', demi tuntut ilmu, pelajar kayuh 35km dalam gelap pulang ke rumah
November 26, 2026, 2:31 pm
'Adab mana adab?', warga 'roro' campak barang di kaunter buat ramai geram
November 26, 2026, 12:57 pm
Stesen radio dikecam lepas buat 'content' solat untuk Man United
November 26, 2026, 10:29 am
Kemalangan maut punca kesesakan, pelajar SPM terpaksa jalan kaki ke dewan
November 25, 2026, 6:41 pm
'Entah apa amalannya', sekawan burung berkumpul di pusara A Samad Said
November 25, 2026, 5:33 pm
'Tak kira apa bangsa', orang ramai kagum lihat semangat 1 Malaysia bantu wanita pitam atas motosikal
November 25, 2026, 4:31 pm
Pemandu punca penunggang motosikal melambung lepas buka pintu atas jalan raya
November 25, 2026, 2:34 pm
Warga emas dibelasah sampai lunyai gara-gara kemalangan kecil di Kuala Terengganu
November 25, 2026, 11:35 am
