Berita Viral
'Kesan baju macam jatuh', demi tuntut ilmu, pelajar kayuh 35km dalam gelap pulang ke rumah
JENGKA 26 NOVEMBER - Kegigihan seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Jengka mengayuh basikal sejauh kira-kira 35 kilometer dalam keadaan gelap gelita demi pulang ke kediamannya di Felda Jengka 5 di sini, mengundang rasa simpati orang ramai.
Detik mencemaskan yang menimpa penuntut terbabit dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Nurazlieyna, selepas dia bersama suaminya nyaris melanggar remaja berkenaan di laluan tidak berlampu itu.
Menurut wanita tersebut, pelajar berkenaan memulakan perjalanan dari kampus sejak waktu maghrib namun masih belum tiba di destinasi walaupun jam sudah menghampiri pukul 10 malam.
"Keadaan jalan yang gelap menyebabkan kami hampir terlanggarnya memandangkan basikal yang ditunggang tidak dilengkapi lampu. Apabila ditanya mengapa tidak menghubungi ahli keluarga, dia memaklumkan telefon bimbitnya terjatuh ketika cuba mengelak kenderaan berat seperti kereta dan lori," katanya menerusi hantaran tersebut.
Tambahnya, pemeriksaan pada pakaian serta beg galas milik penuntut itu turut mendapati kesan kotoran yang dipercayai berpunca akibat terjatuh semasa mengayuh di laluan berisiko berkenaan.
Susulan kegagalan remaja itu mengingati nombor telefon ibu bapanya untuk dihubungi, suami kepada wanita terbabit mengambil inisiatif membantu menolak basikal pelajar tersebut sehingga selamat tiba di Felda Jengka 5.
Rakaman video berdurasi kira-kira seminit yang memaparkan perjalanan malam dan kepayahan remaja terbabit pulang ke rumah turut tular di platform media sosial, sekali gus meraih pelbagai reaksi warga maya yang memuji kecekalan penuntut itu menimba ilmu meskipun berdepan kekangan kemudahan pengangkutan
Berita berkaitan
November 26, 2026, 2:31 pm
'Adab mana adab?', warga 'roro' campak barang di kaunter buat ramai geram
November 26, 2026, 12:57 pm
Stesen radio dikecam lepas buat 'content' solat untuk Man United
November 26, 2026, 10:29 am
Kemalangan maut punca kesesakan, pelajar SPM terpaksa jalan kaki ke dewan
November 26, 2026, 9:20 am
'Bagai tiada penyesalan', suspek belasah warga emas siap tunjuk siku depan media di Terengganu
November 25, 2026, 6:41 pm
'Entah apa amalannya', sekawan burung berkumpul di pusara A Samad Said
November 25, 2026, 5:33 pm
'Tak kira apa bangsa', orang ramai kagum lihat semangat 1 Malaysia bantu wanita pitam atas motosikal
November 25, 2026, 4:31 pm
Pemandu punca penunggang motosikal melambung lepas buka pintu atas jalan raya
November 25, 2026, 2:34 pm
Warga emas dibelasah sampai lunyai gara-gara kemalangan kecil di Kuala Terengganu
November 25, 2026, 11:35 am
