Berita Viral
Kemalangan maut punca kesesakan, pelajar SPM terpaksa jalan kaki ke dewan
KEPALA BATAS 26 NOVEMBER - Kebimbangan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas luar biasa di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) awal pagi tadi berakhir dengan kelegaan selepas beliau dibantu orang awam untuk ke pusat peperiksaan.
Dalam kejadian berhampiran laluan Sungai Petani menghala ke Bertam itu, aliran trafik dilaporkan terhenti sepenuhnya sejak pukul 7.30 pagi akibat satu kemalangan maut di hadapan laluan berkenaan.
Situasi cemas itu dikongsikan oleh pengguna media sosial, Naimahhassan_ menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan deretan kenderaan, termasuk penunggang motosikal, terkandas di atas lebuh raya.
Menurut wanita itu, suaminya yang turut berada di lokasi kejadian merakam detik seorang pelajar lelaki terpaksa berjalan kaki menyusuri kesesakan berkenaan bagi mengejar waktu peperiksaan.
"Suami saya baru hantar video. Kesian budak tu nak jawab SPM, jalan kaki ke depan kerana motosikal pun terkandas sejak pukul 7.30 pagi tadi dan sekarang sudah pukul 8.09 pagi," katanya menerusi ruangan kapsyen video berkenaan.
Perkongsian itu segera mengundang perhatian orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati serta mencadangkan agar remaja berkenaan mendapatkan bantuan anggota polis trafik di hadapan bagi mengelakkan dia terlewat menduduki kertas peperiksaan.
Susulan keprihatinan orang ramai, pemilik akaun itu kemudian memaklumkan bahawa pelajar berkenaan yang pada asalnya menaiki kereta telah berjaya mendapatkan bantuan daripada seorang penunggang motosikal di lokasi kejadian.
"Alhamdulillah, dia sudah selamat menaiki motosikal selepas ada individu yang sudi menumpangkannya. Suami saya memaklumkan seorang lelaki di bahagian hadapan segera menghulurkan bantuan membawa adik tersebut," ujarnya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen turut mendapati beberapa pengguna jalan raya lain mengesahkan laluan tersebut sesak teruk susulan insiden nahas jalan raya yang menyebabkan kenderaan remuk teruk sehingga menghalang aliran trafik.
Berita berkaitan
November 26, 2026, 7:08 pm
'Kesan baju macam jatuh', demi tuntut ilmu, pelajar kayuh 35km dalam gelap pulang ke rumah
November 26, 2026, 2:31 pm
'Adab mana adab?', warga 'roro' campak barang di kaunter buat ramai geram
November 26, 2026, 12:57 pm
Stesen radio dikecam lepas buat 'content' solat untuk Man United
November 26, 2026, 9:20 am
'Bagai tiada penyesalan', suspek belasah warga emas siap tunjuk siku depan media di Terengganu
November 25, 2026, 6:41 pm
'Entah apa amalannya', sekawan burung berkumpul di pusara A Samad Said
November 25, 2026, 5:33 pm
'Tak kira apa bangsa', orang ramai kagum lihat semangat 1 Malaysia bantu wanita pitam atas motosikal
November 25, 2026, 4:31 pm
Pemandu punca penunggang motosikal melambung lepas buka pintu atas jalan raya
November 25, 2026, 2:34 pm
Warga emas dibelasah sampai lunyai gara-gara kemalangan kecil di Kuala Terengganu
November 25, 2026, 11:35 am
