Berita Viral
'Adab mana adab?', warga 'roro' campak barang di kaunter buat ramai geram
KUALA LUMPUR 26 NOVEMBER – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan biadab seorang pelanggan warga asing yang mencampakkan barangan belian ke arah pekerja di kaunter pembayaran sebuah kedai serbaneka mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.
Berdasarkan klip tular berdurasi 17 saat itu, lelaki berjubah putih dan berkopiah berkenaan dilihat menghampiri meja juruwang sambil memegang wang tunai sebelum melempar bungkusan makanan secara kasar di atas kaunter, sekali gus mengundang persoalan mengenai tahap kesopanan serta adabnya terhadap petugas premis berkenaan.
Insiden kurang ajar di negara ini turut mengingatkan warganet kepada satu lagi kejadian seumpamanya di Indonesia yang tular sebelum ini, membabitkan seorang pelancong warga China bertindak agresif di sebuah cawangan kedai aiskrim dan minuman, Mix.
Menerusi rakaman berdurasi 38 saat di republik jiran itu, pelancong lelaki terbabit bukan sahaja menghamburkan kata-kata kesat serta melempar kotak produk jualan ke arah juruwang, malah bertindak melampaui batas apabila melepaskan tumbukan tepat ke muka kakitangan berkenaan sebelum ditenangkan oleh seorang wanita yang bersamanya.
Penularan kedua-dua rakaman ini mendorong ramai pengguna berkongsi pengalaman masing-masing berdepan kerenah pelanggan luar negara yang bersikap kasar.
Berita berkaitan
November 26, 2026, 7:08 pm
'Kesan baju macam jatuh', demi tuntut ilmu, pelajar kayuh 35km dalam gelap pulang ke rumah
November 26, 2026, 12:57 pm
Stesen radio dikecam lepas buat 'content' solat untuk Man United
November 26, 2026, 10:29 am
Kemalangan maut punca kesesakan, pelajar SPM terpaksa jalan kaki ke dewan
November 26, 2026, 9:20 am
'Bagai tiada penyesalan', suspek belasah warga emas siap tunjuk siku depan media di Terengganu
November 25, 2026, 6:41 pm
'Entah apa amalannya', sekawan burung berkumpul di pusara A Samad Said
November 25, 2026, 5:33 pm
'Tak kira apa bangsa', orang ramai kagum lihat semangat 1 Malaysia bantu wanita pitam atas motosikal
November 25, 2026, 4:31 pm
Pemandu punca penunggang motosikal melambung lepas buka pintu atas jalan raya
November 25, 2026, 2:34 pm
Warga emas dibelasah sampai lunyai gara-gara kemalangan kecil di Kuala Terengganu
November 25, 2026, 11:35 am
