Berita Hiburan
Pelakon Lan Zailan disahkan hidap kanser pankreas tahap empat
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Pelakon veteran Lan Zailan, 66, yang terkenal menerusi filem Suami, Isteri dan...?, disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat. Berita sedih itu dimaklumkan oleh isterinya, Ruby Sara Omar, 51, yang turut berkongsi bahawa penyakit tersebut telah merebak ke hati dan paru-paru.
Menurut Ruby, Lan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak seminggu lalu setelah mengalami batuk berpanjangan yang tidak reda sejak Oktober lalu.
“Doktor mengesahkan Lan menghidap kanser pankreas tahap empat, dan kanser itu telah merebak ke organ lain. Jangka hayatnya menurut doktor hanya tiga bulan, tetapi itu adalah ketentuan Allah,” katanya.
Ruby turut memaklumkan bahawa keadaan Lan kini stabil dan berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan PPUM.
Permintaan isteri
Dalam menghadapi dugaan besar ini, Ruby memohon doa dan sokongan moral daripada semua rakan dan kenalan.
“Mohon sahabat-sahabat terus memberikan semangat kepada Lan. Jika ada salah silapnya, saya harap semua sudi memaafkannya,” ujarnya.
Lan mula dimasukkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan perubahan meskipun telah mendapatkan rawatan di klinik.
Beliau merupakan pelakon yang sinonim dengan watak-watak drama dan filem terkenal seperti Gerak Khas, Zaharul vs Zarina, Takdir Itu Milik Aku, dan Bini-Biniku Gangster.
Peminat dan rakan industri seni turut mendoakan kesembuhan buat Lan Zailan serta memberikan kata-kata semangat kepada keluarga beliau untuk menghadapi ujian ini. - Media
Berita berkaitan
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
(VIDEO) Erra Fazira bakal berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember
November 26, 2025, 2:43 pm
Dr Fie menang hak jagaan tetap tiga anak, syukur Nubhan beri kerjasama
November 25, 2025, 10:34 pm
Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di rumah
November 22, 2025, 10:26 am
Konsert Dolla ‘Good Girls Gone Bad’ dibatalkan selepas ditegur agamawan
November 5, 2025, 1:04 pm
Kebajikan anak jadi keutamaan Nubhan dan Dr Afifah, kes hadanah dibincang secara baik
November 3, 2025, 9:24 pm
Demi filem Banduan, Aaron Aziz sambut sendiri bintang Tamil, Karthi ke Malaysia
October 28, 2025, 9:21 pm
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai temui penonton 20 November ini
October 28, 2025, 1:42 pm
