Berita Hiburan
Tiket konsert GENKRU habis dijual dalam masa 1 Jam!
KUALA LUMPUR 20 Dis. - Icon Entertainment dengan rasa terharu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU atas sambutan luar biasa terhadap konsert GENKRU.
Tiket konsert ini habis dijual hanya dalam tempoh satu jam selepas pembukaan jualan pada pukul 11 pagi.
Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, menyatakan, “Kami amat terharu dan bersyukur dengan sambutan ini. Fenomena ini sememangnya dijangka kerana KRU adalah ikon negara kita. Sambutan luar biasa ini menunjukkan sokongan yang padu terhadap artis tanah air.”
Menurut beliau, lebih 10,000 peminat telah bersedia seawal 8.30 pagi untuk mendapatkan tiket.
Atas permintaan yang tinggi, Icon Entertainment akan mempertimbangkan untuk menambah hari kedua konsert GENKRU dan maklumat lanjut mengenai penjualan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat.
Maklumat Konsert GENKRU:
- Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
- Tarikh: 3 Mei 2025
- Masa: 8.30 malam
Berita berkaitan
March 16, 2026, 10:58 am
Aedy Ashraf ambil risiko besar terbitkan Tarung: Unforgiven
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
