Berita Hiburan
Kereta, barangan rumah Che Ta bernilai lebih RM900,000 dilelong hari ini
KUALA LUMPUR 24 Dis - Kereta jenama Haval, sofa, peti ais dan pendingin hawa antara barangan milik pelakon sensasi, Rozita Che Wan yang akan dilelong melalui lelongan awam, esok.
Difahamkan, lelongan dijadual bermula pada jam 10.30 pagi di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya membabitkan 34 barangan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012.46.
Perintah lelongan barangan milik Rozita atau mesra disapa Che Ta dikeluarkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang akan dijalankan oleh Auctrade Auctions Solution.
Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Difahamkan, Rozita membuat pinjaman dengan MARA sejak 2017, namun, dilapor didakwa tidak pernah membayar pembiayaan itu sejak tujuh tahun lalu.
Rozita dilapor masih belum tampil bertemu pihak MARA untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik selebriti itu, RCW Worldwide Sdn Bhd.
Susulan itu, bahagian undang-undang MARA dilapor dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman.
Langkah itu adalah prosedur susulan dilakukan terhadap selebriti itu selepas gagal melunaskan hutang dalam tempoh tujuh tahun walaupun pelbagai usaha diambil MARA bagi mendapatkan semula wang berkenaan sehingga membawa kes ke mahkamah. - Media Telus
Berita berkaitan
March 16, 2026, 10:58 am
Aedy Ashraf ambil risiko besar terbitkan Tarung: Unforgiven
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
