Berita Hiburan
Tiket konsert hari kedua KRU habis dijual dalam masa 45 minit
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Kumpulan KRU terus membuktikan populariti mereka apabila tiket Konsert GENKRU bagi hari kedua, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mei 2025, habis terjual dalam tempoh kurang satu jam.
Penganjur konsert, Iman Tang, yang juga pemilik Icon Entertainment, meluahkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa daripada peminat apabila pembelian secara dalam talian dibuka pada pukul 3 petang semalam.
“Tiket hari pertama habis dijual dalam masa satu jam, manakala tiket hari kedua pula habis dalam masa 45 minit. Sambutan ini jelas menunjukkan kasih sayang dan penghargaan peminat terhadap ikon trio negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengalaman Istimewa Menanti Peminat
Iman turut memberi jaminan bahawa peminat yang menghadiri Konsert GENKRU pada 3 dan 4 Mei akan menikmati pengalaman istimewa menyaksikan persembahan adik-beradik yang cukup ikonik itu.
“Sekarang menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua peminat yang telah mendapatkan tiket mendapat kepuasan maksimum sepanjang dua hari konsert ini berlangsung,” ujarnya.
Kali terakhir KRU mengadakan konsert adalah pada 2018 di Istana Budaya. Ketika itu, konsert tersebut dianggap sebagai persembahan terakhir kumpulan tersebut sebelum mereka mengumumkan persaraan.
Namun, kejayaan jualan tiket ini membuktikan bahawa legasi KRU masih kukuh dan terus dihargai oleh peminat mereka. - Media Telus
Berita berkaitan
March 16, 2026, 10:58 am
Aedy Ashraf ambil risiko besar terbitkan Tarung: Unforgiven
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
