Berita Hiburan
'Satu hari nanti saya akan keluarkan kenyataan yang sebenar' - Che Ta nafi tak pernah bayar hutang MARA
KUALA LUMPUR 24 Dis - Pelakon sensasi, Rozita Che Wan meminta membetulkan kenyataan yang mendakwanya tidak pernah membayar pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) sejak 2017.
Melalui entri dalam Instagram (IG), Rozita atau mesra disapa Che Ta memberitahu, dia akan mengeluarkan kenyataan suatu hari nanti.
"Sila betulkan kenyataan anda atau tolong dapatkan berita sahih.
"Satu hari nanti saya akan buat kenyataan sebenar-benarnya!," tulisnya.
Dalam hantaran sama, Rozita turut memuat naik laporan dipercayai daripada berita mendakwa dirinya tidak pernah membayar pinjaman berkenaan sejak 2017.
Sementara itu, media melaporkan lelongan barangan milik Rozita yang sepatutnya diadakan hari ini ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.
Wakil peguam MARA yang enggan dikenali dilapor memberitahu, lelongan ditunda selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan Rozita selaku defendan untuk menangguhkannya.
Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Rozita dilapor masih belum tampil bertemu pihak MARA untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn Bhd.
Susulan itu, bahagian undang-undang MARA dilapor dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman. -
Berita berkaitan
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
(VIDEO) Erra Fazira bakal berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember
November 26, 2025, 2:43 pm
Dr Fie menang hak jagaan tetap tiga anak, syukur Nubhan beri kerjasama
November 25, 2025, 10:34 pm
