Berita Hiburan
Nabila Razali selamat bersalin, timang cahaya mata lelaki
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali, selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada 23 Disember, tepat jam 10.01 malam.
Menurut kenyataan wakil pengurusan Nabila Razali Entertainment, ibu dan bayi yang seberat 3.1 kilogram itu berada dalam keadaan sihat. Bayi tersebut merupakan anak sulung hasil perkahwinan Nabila, 32, dengan suaminya, Nik Iruwan, 39, yang berlangsung pada tahun lalu.
Nabila, atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah paling bermakna dalam hidup saya. Setiap detik perjalanan menuju momen ini penuh dengan cabaran dan harapan. Akhirnya, Allah kurniakan amanah ini kepada saya dan suami.
“Saya ingin mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan saya dan memberikan sokongan tanpa henti selama ini,” katanya penuh rasa syukur dan terharu.
Ucapan tahniah dan doa tidak putus-putus diterima daripada peminat dan rakan selebriti di laman media sosialnya, menyambut berita gembira ini.
Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, Nabila kini mengambil masa untuk memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga dan peranan baharunya sebagai seorang ibu.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu. - Media Telus
Berita berkaitan
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
(VIDEO) Erra Fazira bakal berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember
November 26, 2025, 2:43 pm
Dr Fie menang hak jagaan tetap tiga anak, syukur Nubhan beri kerjasama
November 25, 2025, 10:34 pm
