Berita Hiburan
Jamal Abdillah sambut anak ketujuh pada usia 66 tahun
KUALA LUMPUR 7 Jan - Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 66, selamat menimang cahaya mata ketujuh, pada jam 9.38 pagi tadi.
Berita gembira kelahiran bayi perempuan seberat 2.94 kilogram (kg) itu dikongsi Jamal melalui aplikasi WhatsApp.
"Alhamdulillah, pembedahan semua sempurna, anak dan isteri kedua-duanya okay. Sangat bersyukur Allah memberi kami rezeki ini.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah," katanya.
Terdahulu, Jamal dilapor mahu memberi nama Magdalena Yamani, iaitu gadis yang dipuja Nabi Yusof kepada cahaya mata kelima hasil perkongsian hidup dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29.
Jamal dan Zai Izzati yang dinikahi pada 1 April 2017, dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.
Jamal juga mempunyai lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
Berita berkaitan
May 22, 2026, 11:05 am
Selgate perluas rangkaian kesihatan, tambah dua hospital baharu di Sepang dan Setia Alam
May 6, 2026, 11:27 am
Eda Ezrin selamat timang cahaya mata ketiga
April 18, 2026, 1:48 pm
Filem 'Kata Hati' bawa kisah cinta pelakon popular dan pemandu e-hailing
April 1, 2026, 10:59 am
Abby Abadi pecah mulut isu Marissa-Aslam, kakak Misya Mazlan tampil cabar bukti
March 16, 2026, 10:58 am
Aedy Ashraf ambil risiko besar terbitkan Tarung: Unforgiven
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
