Berita Hiburan
Filem Polong, kisah seram berinspirasi daripada Mona Fandey
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Sebuah lagi filem seram yang diinspirasikan daripada kisah Mona Fandey bakal menemui penonton tidak lama lagi. Jika sebelum ini elemen kisahnya pernah diangkat dalam filem Dukun, kali ini Polong akan menyajikan penceritaan yang lebih mendalam dan terperinci.
Menurut pengarah Polong, Zulkarnain Azhar, filem ini mempunyai tarikan tersendiri kerana ia merungkai aspek-aspek yang belum pernah didedahkan kepada umum. Kajian mendalam terhadap kes Mona Fandey mendedahkan banyak perkara yang masih tidak terjawab, dan draf awal jalan cerita filem ini telah dimulakan sejak tahun 2009 atau 2010. Dalam kajian tersebut, beliau menemui pelbagai aspek menarik yang tidak pernah diketengahkan sebelum ini.
Filem ini bukan sekadar karya seram biasa, tetapi turut menyelami sisi gelap manusia—baik melalui dosa silam mahupun trauma yang tidak pernah diselesaikan. Polong mengisahkan Maria Hadi, seorang wanita yang terjerumus dalam amalan ilmu hitam dan dibelenggu dosa lampau. Ketika di ambang kematian, dia cuba mencari keampunan, namun terpaksa melepaskan polong peliharaannya kepada individu yang tidak sepatutnya. Selepas kematiannya, entiti itu kembali menuntut balas, mencetuskan sumpahan yang perlu dihadapi oleh pewaris Maria.
Filem ini dijangka memulakan penggambaran pada Mei ini dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong dan Nadiya Nisaa.
Genre Seram Masih Mendominasi Pasaran
Penerbit eksekutif Onn Norshal Hamzah menyatakan bahawa pemilihan filem seram sebagai projek sulung syarikat adalah berdasarkan permintaan tinggi dalam pasaran. Polong dipilih selepas melalui proses penilaian yang teliti dengan mengambil kira potensi komersialnya serta impaknya dalam industri filem tempatan dan antarabangsa. Dengan jalan cerita yang kukuh serta elemen seram yang segar, pihak penerbit yakin ia mampu menarik perhatian penonton.
Dari aspek pengarahan, pengalaman Zulkarnain menjadi faktor utama pemilihannya. Beliau telah membuktikan kebolehannya menerusi filem-filem popular seperti Takluk, Air Force dan J Revolusi yang mendapat sambutan hebat. Dengan penglibatan beliau, pihak produksi percaya bahawa Polong akan menjadi naskhah yang dinanti-nantikan oleh pencinta filem tempatan.
Sebagai langkah strategik, 10 Star Cinemas Sdn Bhd telah dipilih sebagai pengedar dan ejen pemasaran filem ini. Dengan pengalaman luas dalam pengedaran filem serta rangkaian pawagam komuniti, pihak penerbit yakin Polong akan mendapat capaian luas di pasaran yang disasarkan. - Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
(VIDEO) Erra Fazira bakal berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember
November 26, 2025, 2:43 pm
Dr Fie menang hak jagaan tetap tiga anak, syukur Nubhan beri kerjasama
November 25, 2025, 10:34 pm
Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di rumah
November 22, 2025, 10:26 am
Konsert Dolla ‘Good Girls Gone Bad’ dibatalkan selepas ditegur agamawan
November 5, 2025, 1:04 pm
Kebajikan anak jadi keutamaan Nubhan dan Dr Afifah, kes hadanah dibincang secara baik
November 3, 2025, 9:24 pm
Demi filem Banduan, Aaron Aziz sambut sendiri bintang Tamil, Karthi ke Malaysia
October 28, 2025, 9:21 pm
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai temui penonton 20 November ini
October 28, 2025, 1:42 pm
