Berita Hiburan
Tiga penyampai radio ERA direhatkan, Astro Audio mohon maaf
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 4 Mac - Astro Audio melahirkan kekesalan berhubung insiden rakaman video membabitkan tiga penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang tular di platform media sosial ERA.
Dalam satu kenyataan rasmi, Astro Audio memohon maaf atas kejadian tersebut dan mengakui bahawa ia telah menyinggung perasaan pihak tertentu. Ketiga-tiga penyampai terbabit telah mengakui kesilapan mereka serta mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.
Sebagai langkah susulan, syarikat penyiaran itu memutuskan untuk merehatkan mereka daripada ke udara buat sementara waktu sehingga siasatan dalaman selesai. Astro Audio menegaskan bahawa pihaknya memandang serius perkara ini dan sedang mengambil langkah bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.
“Kami komited terhadap kepercayaan para pendengar serta memastikan persekitaran media yang dihormati dan inklusif. Sehubungan itu, kami sedang memperkukuh proses semakan kandungan bagi memastikan program yang disiarkan mencerminkan nilai dan jangkaan audiens,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, Astro Audio turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan terhadap semua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan.
“Kami menghargai maklum balas daripada para pendengar dan pemegang taruh serta akan terus mendengar, belajar, dan memperbaiki diri,” tambah kenyataan itu. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
