Berita Hiburan
Fattah Amin luah rasa rindu, tidak dapat bertemu anak
KUALA LUMPUR 7 Mac - Pelakon Fattah Amin mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi di Instagram Story (IGs) bahawa beliau tidak dapat bertemu dengan anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, yang sedang kurang sihat.
Menerusi perkongsian itu, Fattah memuat naik tangkap layar dari akaun IG Fatima yang menunjukkan anaknya diberikan ubat, disertai kapsyen:
"Dah berapa kali Daddy datang, tapi tak dapat jumpa Fatima. Kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima."
Terdahulu, Fattah dan bekas isterinya, Nur Fazura, mencapai kata sepakat mengenai hak penjagaan anak mereka selepas bercerai pada Oktober 2024. Hak penjagaan penuh diberikan kepada Fazura, sementara Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam.
Mengikut perjanjian, Fattah dibenarkan melawat Fatima tiga kali seminggu serta bermalam dua kali sebulan.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata tunggal mereka, Nur Fatima Aisya. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
