Berita Hiburan
Siti Nurhaliza meriahkan raya dengan single baharu “Raya Nak Ke Mana?”
KUALA LUMPUR, 12 Mac – Biduanita negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza, kembali memeriahkan sambutan Hari Raya dengan pelancaran single terbaharu bertajuk Raya Nak Ke Mana?.
Lagu berentak zapin ini merupakan hasil ciptaan Aisha Retno dan RADi, dengan lirik digarap oleh Aisha Retno serta Amylea Azizan. Ia membawa elemen nostalgia lagu raya klasik yang pernah dinyanyikan oleh Siti, namun dengan sentuhan moden dan segar daripada generasi muda.
“Lagu raya cukup sinonim dalam kerjaya saya dan tahun ini saya berasa bertuah kerana dapat menyanyikan sebuah lagi karya yang mempunyai keistimewaan serta berpotensi menjadi malar segar,” ujar Siti Nurhaliza.
Sebagai seorang artis berpengalaman, Siti turut meluahkan kegembiraan dapat bekerjasama dengan bakat muda, kerana percaya setiap pengkarya memiliki keunikan tersendiri.
Tambahnya, beliau terus tertarik sebaik mendengar demo lagu Raya Nak Ke Mana?, dan tanpa ragu membuat keputusan untuk merakamkannya.
“Saya sangat berharap agar lagu ini akan diterima baik oleh pendengar dan peminat, sebagaimana lagu-lagu raya saya sebelum ini,” katanya.
Single Raya Nak Ke Mana? diterbitkan oleh SN Legacy Sdn. Bhd. dan Universal Music Sdn. Bhd., dan telah mula dilancarkan di semua platform digital pada 12 Mac 2025.
Selain itu, video muzik rasmi lagu ini turut dimuat naik di saluran YouTube Siti Nurhaliza pada hari yang sama, tepat jam 5 petang. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
