Berita Berita
PUSPAKOM umum kenaikan caj perkhidmatan bergerak mulai 1 April

KUALA LUMPUR 28 Mac - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mengumumkan kenaikan kadar caj bagi perkhidmatan bergeraknya, melibatkan Van Bergerak (MVS) dan Trak Bergerak (MTS), dengan peningkatan antara 10 hingga 20 peratus mulai 1 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, berkata keputusan ini dibuat bagi menyelaraskan caj perkhidmatan dengan struktur kos semasa serta memastikan kelangsungan operasi perkhidmatan bergerak untuk manfaat pelanggan.
"Pindaan ini dibuat selepas kajian menyeluruh bagi mengekalkan kelestarian perkhidmatan bergerak kami. Namun, pelanggan yang menjalani pemeriksaan di cawangan PUSPAKOM tidak akan terjejas dengan perubahan ini," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut jadual caj baharu, perkhidmatan MTS bagi 50 kilometer (km) pertama akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM3,300, meningkat sebanyak 10 peratus. Sementara itu, caj MVS bagi jarak yang sama akan meningkat 20 peratus, iaitu daripada RM100 kepada RM120.
Mahmood menegaskan bahawa kenaikan ini diperlukan bagi memastikan perkhidmatan bergerak terus dapat memberikan kemudahan kepada pemilik kenderaan komersial dan persendirian untuk menjalani pemeriksaan di lokasi pilihan mereka. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm
Warga emas dirempuh SUV dalam restoran KFC disahkan meninggal dunia
May 9, 2025, 12:58 pm
CAP desak pengharaman vape di semua negeri demi lindungi pelajar
May 9, 2025, 12:31 pm
Rakyat Malaysia terkandas di Pakistan harap dapat pulang Isnin depan
May 9, 2025, 12:24 pm