Berita Berita
Peniaga diingatkan tidak campur air dalam santan segar – KPDN

KUANTAN 28 Mac - Peniaga santan diingatkan agar tidak mencampurkan air ke dalam santan segar selepas kerajaan menetapkan harga maksimum RM17.50 sekilogram (kg) menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh, menegaskan bahawa tindakan mencairkan santan demi keuntungan tidak sepatutnya dilakukan oleh peniaga.
"Kerajaan menetapkan harga maksimum ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban ketika menyambut Aidilfitri. KPDN juga akan memantau harga santan segar dengan rapi bermula 24 Mac hingga 7 April," katanya.
Beliau turut mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan mencampurkan air ke dalam santan selepas harga siling ditetapkan.
"Mereka masih memperoleh keuntungan kerana sebelum ini harga pasaran santan segar dijual pada kadar RM22 hingga RM23 sekilogram, malah ada yang mencecah RM28 sekilogram," tambahnya.
Fuziah berkata demikian selepas menghadiri Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Mega Aidilfitri di tapak hadapan Pasar Nelayan Pantai Sepat, hari ini.
Beliau turut menyeru pengguna untuk melaporkan kepada KPDN sekiranya mendapati ada peniaga yang menaikkan harga sesuka hati sepanjang tempoh skim kawalan harga ini.
"Permintaan tinggi pada musim perayaan, dan kita mahu peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm
Warga emas dirempuh SUV dalam restoran KFC disahkan meninggal dunia
May 9, 2025, 12:58 pm
CAP desak pengharaman vape di semua negeri demi lindungi pelajar
May 9, 2025, 12:31 pm
Rakyat Malaysia terkandas di Pakistan harap dapat pulang Isnin depan
May 9, 2025, 12:24 pm