Berita Berita
Alhamdulillah, bekalan telur stabil - Mat Sabu

PETALING JAYA 28 Mac - Bekalan telur di pasaran didapati mencukupi sepanjang bulan Ramadan tahun ini dan dijangka kekal stabil menjelang Aidilfitri, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rantaian bekalan kerana memastikan bekalan telur stabil sepanjang Ramadan dan insya-Allah menjelang Aidilfitri ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Amerika Syarikat (AS) mengalami kekurangan bekalan telur ayam yang serius akibat wabak selesema burung H5N1.
Situasi itu menyebabkan bekalan telur ayam di negara tersebut semakin berkurangan, malah terpaksa diimport dari Korea Selatan dan Turkiye.
Berikutan keadaan tersebut, timbul dakwaan mengenai kemungkinan berlaku penyeludupan telur ayam dari Malaysia ke AS susulan peningkatan mendadak harga telur di negara berkenaan.
Berita berkaitan
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm
Warga emas dirempuh SUV dalam restoran KFC disahkan meninggal dunia
May 9, 2025, 12:58 pm
CAP desak pengharaman vape di semua negeri demi lindungi pelajar
May 9, 2025, 12:31 pm